26 Julai 2017

SSQS 3.0

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan penarafan pembestarian sekolah menggunakan Smart School Qualification (SSQS) pada setiap tahun untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program pembestarian sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Penarafan bermula pada 15 Julai dan berakhir pada 30 Ogos 2017. Bahan yang berkaitan boleh tuan/puan muat turun di SINI




18 April 2017

15 Mac 2017

KM1M 2017

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.

Program KM1M 2017 akan diadakan selama 3 hari iaitu 4 hingga 6 April 2017. Tema - “Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia“

Terdapat empat objektif program ini, iaitu :

1. Mengisi masa lapang murid

2.  Menggerakkan program / aktiviti galakan membaca

3.  Memupuk minat membaca secara berterusan

4. Menjadikan PSS sebagai tempat rujukan bahan bacaan serta memperkukuhkan kemahiran       
    maklumat dalam kalangan murid.

Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 36 saat bermula jam 9.30 pagi secara serentak di semua sekolah di seluruh Malaysia. 


Boleh Muat tutun bahan di sini :  Muat Turun Bahan

14 Mac 2017

Dasar MBMMBI



Dasar memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) merupakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan setelah pemansuhan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Julai 2009.

      Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia melibatkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar bagi Mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan dan menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia. Tujuan utama memartabatkan bahasa Malaysia adalah kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu kearah membina Negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.

Manakala strategi memperkukuh penguasaan bahasa inggeris melibatkan penambahbaikan kurikulum bahasa inggeris serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut. Tujuan utama bagi memperkukuh bahasa inggeris adalah kerana bahasa binggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

Selain itu, pelaksanaan dasar ini adalah salah satu cara untuk mentransformasikan kurikulum BM dan BI disamping memantapkan kapasiti guru BM dan BI serta berkongsi kepakaran penutur jati BI  dan guru kontrak. Ia juga dapat memperluaskan penggunaan bahan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam BM dan BI. Di samping itu, penempatan bagi guru BM dan BI mengikut opsyen ikhtisas serta dapat meningkatkan penyertaan murid dalam aktiviti bahasa dan mengukur pencapaian murid berdasarkan standard prestasi (PBS).

Matlamat utama MBMMBI adalah melahirkan warga Malaysia yang fasih dan yakin untuk menggunakan BM dan BI yang standard, membina modal insan yang mampu mengakses pelbagai bidang ilmu melalui pelbagai media seperti ICT serta membentuk 1Malaysia yang mempunyai jati diri yang kuat, progresif, dinamik dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa kearah mencapai Negara maju.

Boleh muat turun bahan di sini : Klik link 

14 Februari 2017

04 Januari 2017