17 Disember 2015

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gemencheh Melapor Diri

Selamat datang diucapkan kepada Encik Amir Amran bin Hj, Mohd Ali, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Gemencheh yang baru melapor diri pada 16 November yang lalu. Beliau berasal dari Kampung Bukit Naning, Gedok, Gemencheh, N.Sembilan. Pernah berkhidmat di PKG Bagan Serai, Perak, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Mempunyai pengalaman selama 9 tahun sebagai PTP PKG Bagan Serai, dan 6 Tahun sebagai PTP BTPN. Pernah berkhidmat di berbagai unit iaitu, Unit ICT, Unit Kualiti, Unit Pentadbiran dan jawatan terakhir beliau ialah Ketua Sub Unit, Unit Media dan Inovasi Pendidikan BTPN Pulau Pinang. Perjawatan di PKG Gemencheh sekarang telah cukup perjawatannya dengan kehadiran beliau. Selain En. Amir Amran, PKG Gemencheh mempunyai seorang lagi PTP iaitu Cik Radziah binti Abd. Rahman, Puan Nor Azizah binti Mohd Idris sebagai Pembantu Tadbir dan Encik Shahrulrizam bin Ibrahim sebagai Juruteknik Komputer PKG. Semoga kehadiran beliau akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan PKG Gemencheh.

0 comments :

Catat Ulasan