13 Januari 2016

Khidmat Bantu Ke SK Rokan

PKG Gemencheh telah menjalankan khidmat bantu ke SK Rokan pada 07 Januari 2016 yang lalu.


Pegawai Teknologi Pendidikan PKG En. Amir Amran bin Mohd Ali dengan dibantu oleh Juruteknik Komputer En. Shahrulrizam bin Ibrahim telah menjalankan lawatan khidmat bantu talian internet sekolah dan sistem yang digunakan. Sekolah ini menggunakan talian ADSL kerana tiada talian 1Bestarinet yang dibekalkan ke sekolah ini.
Walaubagaimanapun talian telah dipotong mulai bulan September 2015 untuk proses migrasi dari ADSL ke Streamyx oleh Telekom Malaysia (TM). Tindakan telah dibuat dengan dengan menghubungi En. Abu Bakar bin Kalid, Ketua Unit Pembestarian Sekolah untuk tidakan lanjut. Setelah menghubungi Personel TM, beliau memaklumkan TM mengalami masalah kekurangan port untuk ke SK Rokan. Pihak TM telah berjanji akan menyelesaikan masalah SK Rokan dalam bulan Januari ini dan sekolah akan memperolehi 4MBps talian internet Streamyx pada bulan Feruari.



1 ulasan :

  1. saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En. Amir Amran dan En. Sharulrizam atas tindakan yang proaktif terhadap masalah talian internet di SK.Rokan. Seperti yang dijanjikan talian internet di Sk.Rokan telah dapat diaktifkan semula. Tahniah dan syabas kepada pegawai PKG Gemencheh. Anda terbaik!!

    BalasPadam